Apa Yang Anak Anda Dapat Dalam Premium Pass

Anak mendapat akses kepada pelbagai program Matematik seperti Asas Nombor, Sifir, Tambah, Tolak, Darab, Bahagi, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Turut disertakan video pembelajaran, nota e-book, latihan, kuiz, bonus khas dan komuniti sokongan supaya ibu bapa tidak lagi buntu untuk membantu anak belajar di rumah.

Pengasas GeniusIsMe

Pendidik Matematik Kreatif | 20 Tahun Pengalaman | 20+ Buku Matematik

Sir Edy ✨

Tn. Hj. Addie Humaizie bin Dr. Hj. Abu Hassan

Sir Edy ialah pendidik Matematik kreatif, penulis lebih 20 buku Matematik dan pencipta Pentagon Sifir yang telah terjual lebih 50,000 unit. Dengan pengalaman hampir 20 tahun di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, beliau telah membantu ribuan murid, ibu bapa dan guru membina keyakinan dalam Matematik. Buku dan modul beliau juga pernah dibeli oleh Kementerian Pendidikan Brunei untuk edaran ke sekolah rendah seluruh negara, selain menerima pelbagai pengiktirafan dalam bidang pendidikan dan inovasi. Pengalaman inilah yang menjadi asas kepada GeniusIsMe — satu sistem pembelajaran Matematik yang lebih mudah, tersusun dan mesra ibu bapa untuk membantu anak belajar dengan lebih yakin di rumah.

Anugerah & Pengiktirafan

MALAYSIA EDUCATION & TVET AWARDS 2023
IIDEX 2023 & 2025 | Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Soalan Lazim

  • Program ini sesuai untuk umur berapa?

    Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, bermula daripada asas nombor di peringkat tadika hingga topik Matematik sekolah rendah seperti sifir, operasi asas, pecahan, perpuluhan dan peratus.

  • Apa yang anak akan dapat dalam Premium Pass GeniusIsMe?

    Anak akan mendapat akses kepada pelbagai program Matematik dalam satu sistem pembelajaran yang tersusun, termasuk Asas Nombor, Sifir, Tambah, Tolak, Darab, Bahagi, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Turut disertakan video pembelajaran, nota, latihan, kuiz, bahan sokongan dan komuniti untuk membantu anak belajar dengan lebih mudah di rumah.

  • Adakah Premium Pass ini berbaloi?

    Ya. Pakej Premium direka untuk membantu anak membina asas dan mengembangkan kefahaman Matematik secara langkah demi langkah melalui video, nota, kuiz dan latihan yang mudah diikuti.

  • Adakah pakej ini sesuai untuk anak yang masih lemah Matematik?

    Ya. Premium Pass direka untuk membantu anak belajar semula dari asas secara langkah demi langkah. Jika anak mudah keliru, takut nombor, tidak yakin atau sering tertinggal dalam Matematik, sistem ini boleh membantu mereka membina semula kefahaman dengan cara yang lebih mudah, tersusun dan boleh diulang berkali-kali.

  • Adakah ini kelas secara live?

    Tidak. Program ini boleh diakses secara online dan dipelajari mengikut masa sendiri. Anak boleh ulang video, buat latihan dan belajar semula pada bila-bila masa, tanpa terikat dengan jadual kelas live. Ini lebih fleksibel untuk ibu bapa dan anak belajar di rumah.

  • Adakah pakej ini termasuk bahan sokongan tambahan?

    Ya. Premium Pass merangkumi bahan sokongan seperti nota e-book, latihan, kuiz, bahan cetak, bonus khas dan akses komuniti. Bahan ini membantu ibu bapa membimbing anak belajar, membuat ulang kaji dan berlatih dengan lebih tersusun.

  • Bolehkah satu akses digunakan oleh seisi keluarga?

    Ya. Satu akses Premium boleh digunakan oleh keluarga di rumah, sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak. Ini menjadikan Premium Pass lebih berbaloi kerana pelbagai program Matematik boleh dimanfaatkan bersama dalam satu akaun keluarga.

  • Bolehkah saya batalkan langganan?

    Ya. Jika memilih pelan bulanan, langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Untuk pelan tahunan, akses akan kekal aktif mengikut tempoh langganan yang telah didaftarkan.

  • Pelan mana yang paling berbaloi?

    Pelan tahunan RM120/setahun adalah pilihan paling berbaloi kerana bersamaan hanya 33 sen sehari dan lebih jimat berbanding pelan bulanan RM20. Pelan bulanan pula sesuai untuk ibu bapa yang mahu cuba dahulu sebelum terus melanggan tahunan.